Wednesday, June 27, 2012

Petua Untuk Kerongsang

Asalamualaikum. Nak tanya anak anak mama semua, pernah tak kamu beli kerongsang dan selepas 2 atau 3 kali pakai dah hilang matanya, mata yang mama maksudkan ialah permata yg menghiasi kerongsang tu le? Sakit hati tak? Mestilah kan beli mahal mahal pas tu tak puas pakai. Ok kalau macam tu mama bagi petua ni. Beli cutex (pengilat kuku )yg colourless dan sapukan keatas permata tadi dan kerongsang yang baru kamu beli tu akan bertahan lama, insyaallah. Selamat mencuba. Bye bye kiddo.

Sunday, June 24, 2012

Manik Baju Raya Mama

Baju raya mama dah siap, satu je yang dah siap, kan ada dua bulan lagi? So raya nanti cukup le 3 pasang baju untuk raya taun ni. Itu le kelebihannya bole buat baju sendiri, nak pakai ambik je  dalam almari potong jahit dan kalu tak cukup cantik tambah manik , buat lah macam mane pun tetap cantik di mata kita sebab kita yang buat kan kan?  Ni nasihat dari mama pada mane mane anak mama yang ada minat menjahit, pegi lah belajar menjahit . Buatlah banyak latihan , kalau salah jangan takut atau kecewa cuba dan cuba lagi sampai pandai. Mana ada orang yang baru belajar terus pandai. Macam tu juga jahit manik tak bole give up. Mama tau rasanya, kalau kita antar baju raya kat orang lepas tu tak siap berasap kepala. Tapi beza kalau kita buat sendiri, minggu ni tak siap minggu depan sambung lagi. Mama ada bad experience dulu waktu mama keja bank. Tau le keja kat bank mana ada masa untuk kita sendiri semua ada kpi. So antar baju kat tailor pun lambat p a s tu tak siap apa lagi kena le pakai b aju yg lama yang dah ada.

Happy Birthday Lagi

Abang, this year happens to be the 24th time I am saying happy birthday to you and hopefully there will be more to come. Happy birthday sayang. And as always may God bless u. As the eldest in the family u hv shown to be doing well in your studies having completed your degree on time. You may now proudly call yourself a Grafic Designer and you deserve it. After observing and monitering u for the past 5 yrs  I have no other words to say except congratulation, congratulation and congratulation. U have done me proud bang. Always bear in mind, we all love u so much.

Friday, June 22, 2012

Kek Lumut Bulan Purnama

Nak tau napa mama bagi nama kek di atas tu Kek Lumut Bulan Purnama?  Haaa sebenarnya, kek tu di buat di tengah malam semasa orang lain tengah di buai mimpi. Nak buat awal tak sempat sebab bahan bahannya belum di beli lagi. Bila bahan bahan tu dah sampai program karoot kamodia pula bermula, so tunggu punya tunggu last last tengah malam baru bermula. Kena pula tunggu 2 jam untuk mengukus tak ke parah ternganga ngaga mama menunggu. Mujurlah Kak Bedah dan Qai ada bersama menolong dan menemani mama kalau tak alamatnya kek tu  jadi kek tak menjadi he he he. Sebenarnya kek tu di ode oleh Qai, anak sulung mama untuk farewell dia ari ni. Hari ni last day dia buat practikal di Hajaba dan Leesa Formula di Seksyen 13, Shah Alam. Untuk Qai, mama ucapkan tahniah kerana dah habis dah pembelajaran mu  setakat ni. Lepas ni boleh lah tengok bola tiap tiap malam mama tak marah dah. Oh ya kalau anak anak mama tengok kek di atas jangan pelk ok sebab itu ada lah baki kek yang Qai bawa ke opisnya pagi tadi.

Sunday, June 17, 2012

Manik 3D Percubaan Pertama

Ini adalah projek pertama mama dlm manik 3D yg tengah hot dalam dunia beading sekarang ni. Baju Pn Saadiah Kepol yg d tempah jauh dari Miri, Sarawak. Thanks a lot ok coz beri peluang tuk mama mencuba projek baru ini walaupun belum sepenuhnya 3D.

Selamat Hari Bapa



Happy father's day to my beloved hubby n may Allah bless u always. Just to let u know we all love u very very much and please continue to be what u are today. 

Saturday, June 02, 2012

TIPS MENGCEGAH KANSER COLON


Mama bersiaran sekali lagi bukan apa, ni tengok budak budak ni masih membuta , nak d bangunkan tak sampai hati , ada yang dah bangun tapi tidor balik. Nak buka tv kesian pula . So mama ambik peluang ini buat n3 baru le. Jangan bazir masa kan? Ok sebenarnya mama nak cerita ni , tu kakak ku datin sebelah rumah tu bagi tips ni berapa bulan dulu tapi mama belum ada masa nak bagi tau. Katanya, kalau dapat biasakan diri makan 3 helai daun sireh tiap tiap hari insyaallah boleh mencegah kanser colon. Woi bagus punya tip ni so jangan pandang ringan tau. Baik mencegah dulu dari berubat kemudian kan?  Ok bye bye kiddo.

BERHUJUNG MINGGU D JOHOR BARU

Mlm tadi waktu bersiar siar d tebing Selat Tebrau sambil camhoring dan memandang Singapura dari jauh terasa sungguh perbezaannya dulu dan sekarang. Rasa macam baru je transit d JB waktu pegi Singapura berberapa taun sudah tapi bila melihat perubahan JB yang mendadak rasa macam lama pula tak pegi JB. Banyaknya bangung bangunan baru yang tersergam indah , jalan raya pun dah lain. Malam tadi pegi makan ikan bakar di Pandan city terasa macam d Uptown Shah Alam le pula tapi besarnya berlipat ganda le. Macam macam barang ada d jual d situ tapi budak budak ni d jelingnya aje tak singgahpun laju aje jadi mama pun ikut sama. Tanya kenapa tak beli jawabnya tak pe kita tunggu d JPO nanti.Adui terkesima si mama  senyap senyap mula lah mengira berapa keping note biru ada d dalam tas tangan tapi lepas tu mulalah senyum semula bila ternampak ada banker berjalan d depan . Itulah namanya kehidupan mestilah ada sandaran kan?