Wednesday, December 26, 2012

PMR

Mama baru hari ini ada kesempatan nak mengucap tahniah kepada semua anak anak saudara mama yg baru mendapat keputusan PMR baru baru ni, pesan mama kepada kamu semua lupakan keputusan kamu untuk seketika and terus pandang kedepan dan bangkit semula untuk berjuang menghadapi SPM yg akan datang.Chyo chyo lapangkan dada, tenangkan fikiran dan rajin rajinlah berdoa untuk yg terbaik ok.

Nasi Ayam Kak Bedah







Riuh rendah suasana rumah mama hujung minggu lepas , kita ada dua kumpulan pelawat (ahli keluarga dari Brunei dan dari K Terengganu) tapi mama cuma sempat amik gambar pelawat dari Brunei sewaktu makan nasi ayam Kak Bedah d rumah kita selepas dia orang balik dari I City Shah Alam. Mama kasihan tengok si Mawar tu kakinya terseliuh gara gara menari Gangnam Style dan terpaksa d papah sampai kekereta. Malam tu betul betul kecoh jln jem teruk d Shah Alam dekat Seksyen 7 menuju ke I City gara gara ramai sangat orang nak gegi ke situ.

Dinner D PTPL








Mama sangat teruja dapat makan malam bersama keluarga yg d anjurkan oleh pelajar pelajar PTPL dalam jurusan Hotel Management di mana anak buah mama , Ikhwan Nor Firdaus berlatih  sebagai pengurus malam itu. Hmmm segak betul dia malam tu dah nampak tokoh tokoh seorang pengurus nampaknya, mama doakan semoga d permudahkan tuk dia mencapai cita citanya ok. Waktu babah dan mama d minta untuk memberi rating untuk keseluruhan persembahan malam itu , mama boleh mengatakan bahagian customer service patut d beri A tetapi bahagian makanan cuma mendapat B sebab fish filletnya sedikit masin gitu dan yg lain tu ok. Well, try harder next time ok. Bye bye kiddo.

Tuesday, December 11, 2012

High Tea







Lepas bertandang d umah Kak Wot, kita orang berkonvoi ke rumah seorang lagi sepupu iaitu ke rumah bapa saudara pengantin perempuan, Zainuddin Dawi (yg kita panggil Udin). Wow umah baru juga. Tersergam indah uuu dan ada kolam renang gitu. Konsep? Ala ala umah orang putih zaman kolonial gamatnya, itu bak kata my nephew, Hj Hatta. Cantik memang cantik, terpegun sekejap. Alhamdulilah, seorang lagi anak melayu berjaya.  Jamuan ringan yg d saji , sedap sedap belaka dan ada 2 macam kek lapis Sarawak yg memang delicious  sekali. Tak rugi datang bertandang. Tuan umah dan isteri pula ramah ramah belaka.So nak kata apa selain berterimakasih yg tak terhingga. Dan terimakasih juga kerana sudi menghantar kita ke airport dan membekalkan kita dengan kuih lapis Sarawak yg sedap. Semoga d murahkan rezeki sampai keakhir hayat ok.

Pegi Umah Kak Wot pula





Belum habis cerita semalam, mama sambung lagi ya. Sesi menziarah tak habis lagi. Kali ini kita pegi umah my cousin , Kak shamsiah (nama manja dia Kak Wot atau Mak Ot) yg terletak d belakang umah pengantin. Hmmm umah baru rupanya, cantik woo konsep moden gitu. Syukur alhamdulilah mama tumpang gembira . Disana kami d hidangkan dengan buah durian dan sagun lagi, musim buah kot .Dan ada durian crepe uuu, sedap. Oii lepas ni ada sebuah lagi yg nak d ziarahi, ala ala hari raya gitu.

Monday, December 10, 2012

Ziarah Ke Rumah Saudara Mara







Sebelum balik ke Shah Alam malam tu kami pegi melawat saudara mara di sana.Mula mula kami pegi rumah Bang Mat dan Bang Basri saudara sebelah my father dimana kami di hidangkan buah durian dan sagon(Dibuat daripada sagu dan kelapa) So sedap dan bila di makan bersama rasa durian jadi kurang menyengat jadi boleh makan lebih le.

Sesi fotografi





Selesai sudah waktu makan, kita semua d jemput untuk sesi bergambar pula. Ini yg bestnya semua oramg dah bersedia nk beraksi. Klik klik klik senyummm say cheese ok.

Waktu Makan Dah Tiba




Mari kita tengok macam mana gempak dan sampoinya mereka makan ok. Di Sarawak, tetamu datang diwaktu yg sama so waktu makan pun sama le.

Majlis Tari Menari





Sepanjang majlis bersanding diadakan juga upacara tari menari ataupun bertandak yg mana sekumpulan wanita mengalunkan lagu asli sambil memukul rabana ataupun bergendang dan sesiapa yg nk menari di persilakan. Selain itu di sebelah utara khemah pula ada orang berkaraoke dan kami ada penyanyi cilik dari Brunei iaitu Rayyan Waie menyanyi lagu Orang Kampung dengan merdu sekali.

Majlis Persandingan






Majlis persandingan di teruskan selepas marhaban.