Mama cuma nak mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang mengenali mama serta nak menghulurkan tanda kemaafan kepada semua di luar sana. Tahniah kerana kita sudah menjalankan ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan kesabaran. Mama nak tunjukkan gambar gambar kita orang beraya di kampung di Trengganu. Ya tahun ini kita beraya di rumah mertua macam tahun tahun yang sudah sudah.
Saturday, August 18, 2012
Friday, July 20, 2012
Selamat Menyambut Bulan Puasa
Kepada semua umat islam d luar sana mama ingin menyucapkan selamat berpuasa dan mudah mudahan mendapat puasa yg d berkati oleh Allah s.a.w hendaknya. Mama juga ingin berpesan kepada semua anak anak mama d luar sana dan juga keluarga mama sendiri amiklah peluang sebulan ini untuk mengumpul sebanyak banyak pahala dengan bersedekah, membuat solat solat sunat dan bersambahyang terawih. Carilah kemewahan dunia seolah olah kehidupan kita bekekalan dan carilah pahala seolah olah kita akan mati esok hari. Semoga bulan ini kita muliakan dengan semulia mulianya.
Monday, July 16, 2012
Tips Mengilat Barang Kemas
Selamat menjalani bulan syaban yg mulia ini ya anak anak, semoga semua dah bersedia untuk menyambut bulan Ramadan yang akan tiba sebentar lagi. Kuatkan mental n fisikal untuk sama sama beribadah d bulan puasa nanti, moga mendapat pahala yg maximum ok. Memandangkan raya pun dah semakin dekat apa kata mama bagi tip untuk megilatkan barang kemas kita yg dah kusam tu ok. Macam ni beli bedak amoi (gambar d atas) n gosokkan barang barang kemas kita sampai berkilat balik. Ini adala amalan orang Myanmar dari dulu lagi bak kata anak saudara mama , Dakyah yg baru balik dari sana. Bye bye kiddo
Wednesday, July 04, 2012
Nisfu Syaban
Selamat menyambut nisfu syaban untuk semua. Anak anak mama dah baca yasin dah? O ok alhamdulilah kalau dah baca. Dah baca yasin untuk Ki tak, kan hari ini genap 10 tahun permergiannya. Al fatihah untk my father in law semoga d cucuri rahmat hendaknya. Tak akan dapat d lupakan kebaikan dan kasih sayangnya terhadap mama menantunya yang seorang ini. Semoga Allah membalas budi baiknya. Amin.....
Wednesday, June 27, 2012
Petua Untuk Kerongsang
Asalamualaikum. Nak tanya anak anak mama semua, pernah tak kamu beli kerongsang dan selepas 2 atau 3 kali pakai dah hilang matanya, mata yang mama maksudkan ialah permata yg menghiasi kerongsang tu le? Sakit hati tak? Mestilah kan beli mahal mahal pas tu tak puas pakai. Ok kalau macam tu mama bagi petua ni. Beli cutex (pengilat kuku )yg colourless dan sapukan keatas permata tadi dan kerongsang yang baru kamu beli tu akan bertahan lama, insyaallah. Selamat mencuba. Bye bye kiddo.
Sunday, June 24, 2012
Manik Baju Raya Mama
Baju raya mama dah siap, satu je yang dah siap, kan ada dua bulan lagi? So raya nanti cukup le 3 pasang baju untuk raya taun ni. Itu le kelebihannya bole buat baju sendiri, nak pakai ambik je dalam almari potong jahit dan kalu tak cukup cantik tambah manik , buat lah macam mane pun tetap cantik di mata kita sebab kita yang buat kan kan? Ni nasihat dari mama pada mane mane anak mama yang ada minat menjahit, pegi lah belajar menjahit . Buatlah banyak latihan , kalau salah jangan takut atau kecewa cuba dan cuba lagi sampai pandai. Mana ada orang yang baru belajar terus pandai. Macam tu juga jahit manik tak bole give up. Mama tau rasanya, kalau kita antar baju raya kat orang lepas tu tak siap berasap kepala. Tapi beza kalau kita buat sendiri, minggu ni tak siap minggu depan sambung lagi. Mama ada bad experience dulu waktu mama keja bank. Tau le keja kat bank mana ada masa untuk kita sendiri semua ada kpi. So antar baju kat tailor pun lambat p a s tu tak siap apa lagi kena le pakai b aju yg lama yang dah ada.
Happy Birthday Lagi
Abang, this year happens to be the 24th time I am saying happy birthday to you and hopefully there will be more to come. Happy birthday sayang. And as always may God bless u. As the eldest in the family u hv shown to be doing well in your studies having completed your degree on time. You may now proudly call yourself a Grafic Designer and you deserve it. After observing and monitering u for the past 5 yrs I have no other words to say except congratulation, congratulation and congratulation. U have done me proud bang. Always bear in mind, we all love u so much.
Subscribe to:
Posts (Atom)