Sunday, August 26, 2012

SELAMAT HARI RAYA HARI KEDUA



Ini gambar gambar kami d ambil pada hari kedua d rumah anak saudara, Dr Azlina

Saturday, August 18, 2012

SELAMAT HARI RAYA

Mama cuma nak mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang mengenali mama serta nak menghulurkan tanda kemaafan kepada semua di luar sana. Tahniah kerana kita sudah menjalankan ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan kesabaran. Mama nak tunjukkan gambar gambar kita orang beraya di kampung di Trengganu.  Ya tahun ini kita beraya di rumah mertua macam tahun tahun yang sudah sudah.

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Bulan Puasa

Kepada semua umat islam d luar sana mama ingin menyucapkan selamat berpuasa dan mudah mudahan mendapat puasa yg d berkati oleh Allah s.a.w hendaknya. Mama juga ingin berpesan kepada semua anak anak mama d luar sana dan juga keluarga mama sendiri amiklah peluang sebulan ini untuk mengumpul sebanyak banyak pahala dengan bersedekah, membuat solat solat sunat dan bersambahyang terawih. Carilah kemewahan dunia seolah olah kehidupan kita bekekalan dan carilah pahala seolah olah kita akan mati esok hari. Semoga bulan ini kita muliakan dengan semulia mulianya.

Monday, July 16, 2012

Tips Mengilat Barang Kemas

Selamat menjalani bulan syaban yg mulia ini ya anak anak, semoga semua dah bersedia untuk menyambut bulan Ramadan yang akan tiba sebentar lagi. Kuatkan mental n fisikal untuk sama sama beribadah d bulan puasa nanti, moga mendapat pahala yg maximum ok. Memandangkan raya pun dah semakin dekat apa kata mama bagi tip untuk megilatkan barang kemas kita yg dah kusam tu  ok. Macam ni beli bedak amoi (gambar d atas) n gosokkan barang barang kemas kita sampai berkilat balik. Ini adala amalan orang Myanmar dari dulu lagi bak kata anak saudara mama , Dakyah yg baru balik dari sana. Bye bye kiddo

Wednesday, July 04, 2012

Nisfu Syaban

Selamat menyambut nisfu syaban untuk semua. Anak anak mama dah baca yasin dah? O ok alhamdulilah kalau dah baca. Dah baca yasin untuk Ki tak, kan hari ini genap 10 tahun permergiannya. Al fatihah untk my father in law semoga d cucuri rahmat hendaknya. Tak akan dapat d lupakan kebaikan dan kasih sayangnya terhadap mama menantunya yang seorang ini. Semoga Allah membalas budi baiknya. Amin.....

Wednesday, June 27, 2012

Petua Untuk Kerongsang

Asalamualaikum. Nak tanya anak anak mama semua, pernah tak kamu beli kerongsang dan selepas 2 atau 3 kali pakai dah hilang matanya, mata yang mama maksudkan ialah permata yg menghiasi kerongsang tu le? Sakit hati tak? Mestilah kan beli mahal mahal pas tu tak puas pakai. Ok kalau macam tu mama bagi petua ni. Beli cutex (pengilat kuku )yg colourless dan sapukan keatas permata tadi dan kerongsang yang baru kamu beli tu akan bertahan lama, insyaallah. Selamat mencuba. Bye bye kiddo.