Saturday, November 26, 2011

Awal Muharam

Selamat menyambut awal muharam yg jatuhnya esok ari kpd anak anak mama d luar sana. Sekejap lagi selepas asar blh le kita membaca doa akhir tahun dan d ikuti dengan doa awal tahun selepas magrib nanti, kena buat tau banyak fadhilatnya. O ya klu x blh baca dlm bahasa arab  yg mana lebih afdal bacalah dlm bahasa ibunda ok. Dan dan dan klu x uzur esok marilah kita berpuasa bersama sama demi menyambut awal tahun bagi semua umat Islam. Untuk yg berpuasa esok ari, disini mama hadiahkan resipi umai udang tuk kamu mencuba ok, especially untuk Syira yg request 4 the resipi.

Bahan bahannya:

1/2  kg  udang
5          biji limau kesturi
5          biji cili merah
3          biji bawang merah
1/2  in  hahia
1/2      cawan air asam jawa
2         sudu besar gula
sedikit suhun dan secubit garam

Udang d buang kulitnya dan d bersihkan. lepas tu d perahkan air limau tadi.
Cili, bawang,halia d hiris halus dan d campur dgn udang , lepas tu campurkan garam, air asam jawa, gula .. Gaul semuanya dgn suhun yg telah d celor dulu. Serasikan rasanya  dan hidangkan waktu berbuka puasa esok ok Syira dan klu x sure jgn segan segan tanya mama ok. (Umai hendaklah d siapkan sejam seblm d hidang)

bye bye kiddo.

Monday, November 21, 2011

Satu Senja Yg Mendung

Musim kentujuh kali ini terasa terlalu lama, tiap tiap ari ada berita banjir d  sana sini. Mangsa banjir bertambah .Kadang kandang mengerunkan bila d kaca tv terbentang kisah karban korban banjir terutama d Bangkok , Thailand dah mencecah 1000 org. So disini mama berharap semoga semua org berdoa agar kita d jauhkan dari perkara yg x diingini. Amin.
Tapi mendung mendung gini le perut kita berkeroncong berpantun sakan. Eh tadi Kak Bedah kamu ada buat puding marmar kalau x silap, mesti sedap d makan dgn air teh panas  kan.Tapi jgn sedih coz mama akan bagi resipi puding marmar untuk kamu semua ok.

Bahan bahanya:
37 gram agar agar
8 sudu besar tep jagung
4 sudu besar tep kastad
1 tin susu cair
8 cawan air
1.5 cawan gula
1.5 vico
2 sudu besar marjerinan
2 biji telor, sedikit garam dan vanila


Cara Caranya:


Agar agar d msk dan campur gula. Angkat n tapiskan.
Pukul telor smpi kembang, masuk susu,tep n garam. Tuang kedlm agar agar tdi n kacau lagi. Masukkan marjerin n vanila. Lastly masukkan vico kedlm adunan n buatlah corak yg kamu suka.


Selamat Mencuba ok




Sunday, November 13, 2011

Siput Babi Ubat Sakit Jantung

Nak caya ke x? Mama pun mula mula x caya dgn cirta bibik sebelah tu tapi tu lah hakikatnya. Gini cirtanya , satu ari mama tgh gardening tiba tiba bibik sebelah tegur biasa lah gosip seblh pagar esp bila magikannya g keja. Kesah keburukan aka kelemahan bosnya itu, macam macam lah yg keluar kadang kadang malas nk layan tapi dah d namanya gosip tunggu juga nk dengar. Mama ni sambil dgr sambil kutip siput babi yg tgh breakfas bunga mama tu, geram ni rasa nk tenyeh tenyeh je dgn kaki tiba tiba bibik mengerit, jangan kakkkkk. Mama pun pelik . Napa bik? dia jwb, kak tau tk tempat saya d Indon, orang makan siput tu, ank saya suka sgt makan siput tu katanya lebih sedap dari daging tapi saya x mkn kak. Katanya lagi d kpgnya siput tu orang makan untuk ubat sakit jantung. Cara memasaknya mudah aje, goreng atau tumis dgn bwg putih dan bwg merah tapi lendirnya kenalah d basuh dgn kapur dulu. Susah nk terimakan tpi kalu dah kena sakit jantung tu apa salahnya cubakan. siput babi siput babilah asal boleh sihat. Insyaallahhh

Friday, November 04, 2011

Balik kpg

X sabar rasanya nk sampai ke K Trengganu setelah berberapa jam duduk diam dlm kereta lengoh dah rasa punggung kebas pun ada,deretan kereta panjang di hadapan dan d belakang.Agak agak bila nk sampai tiga jam lagi? Tahan je lah demi nak jumpa mertua tersayang bersama sama meraikan Hariraya Aidil adha yg akan tiba esok. Cik kabo doh dia dah tempah nasi dagang dan laksa untuk esok hari emmmm sedapnya. Pagi esok juga kabonya dua ekor lembu akan tumbang kt surau sebelah umahnya tuk keluarga kita buat korban. Tapi bila cakap pasal korban teringat pula mama dengan umat Islam yg berada d Padang Arafah untuk mengerjakan ukuf. Malam nanti mereka akan mengutip batu untuk melontar . Dengan ini mama ingin mendoakan semoga mereka dilindungi dan dipermudahkan apa jua urusan mereka sehingga mereka sampai ke mekah semula. Ya Allah semua doa mama untuk anak saudara Dr Dayang Suzana dan suami, kawan mama Bariah Ali, Kak Rozana dan suami dan Salmah Hassan dan suami semoga mendapat haji yg mabrur. Amin.