Friday, June 22, 2012

Kek Lumut Bulan Purnama

Nak tau napa mama bagi nama kek di atas tu Kek Lumut Bulan Purnama?  Haaa sebenarnya, kek tu di buat di tengah malam semasa orang lain tengah di buai mimpi. Nak buat awal tak sempat sebab bahan bahannya belum di beli lagi. Bila bahan bahan tu dah sampai program karoot kamodia pula bermula, so tunggu punya tunggu last last tengah malam baru bermula. Kena pula tunggu 2 jam untuk mengukus tak ke parah ternganga ngaga mama menunggu. Mujurlah Kak Bedah dan Qai ada bersama menolong dan menemani mama kalau tak alamatnya kek tu  jadi kek tak menjadi he he he. Sebenarnya kek tu di ode oleh Qai, anak sulung mama untuk farewell dia ari ni. Hari ni last day dia buat practikal di Hajaba dan Leesa Formula di Seksyen 13, Shah Alam. Untuk Qai, mama ucapkan tahniah kerana dah habis dah pembelajaran mu  setakat ni. Lepas ni boleh lah tengok bola tiap tiap malam mama tak marah dah. Oh ya kalau anak anak mama tengok kek di atas jangan pelk ok sebab itu ada lah baki kek yang Qai bawa ke opisnya pagi tadi.

No comments:

Post a Comment