Sunday, March 03, 2013

MIRI TEMPAT LAHIRKU


j





Tempat jatuh lagi d kenang ini kan pula tempat bermain bak kata orang dulu dulu.Gitu le mama kadang kadang rindu datang bertamu juga, mencuit hati ini tuk mengenguk kpg halaman sambil melawat saudara yg sedang sakit d sana. Ya memang lama pun tak balik dan kalau balik pun akan lebih lama d Brunei kerana keluarga lebih ramai d sana so kali ini memang nak duduk d Miri lama sikit saja je nak mengimbau kembali zaman kecik kecikk dulu. Zaman purba kata orang sekarang. Waktu tu semuanya lepas bebas nak mandi laut nak mandi sungai boleh aje sebab dulu tempat kita aman damai tak ada kes culik dan kita kenal belaka orang di sekeliling kita.Waktu tu mama boleh tahan juga nakalnya terutama musim cuti sekolah, pagi pagi dah panjat pokok mangga ambil buah yg sedang masak ranum, rehat sekejap lepas tu tolong ayah kutip telor ayam (arwah ayah bela beratus ratus ekor ayam) dan kalau rasa nk makan ayam,  ayah akan tangkap ayam dan terus sembelih. Ayam segar dari ladang tak payah susah susah nak beli. Lepas makan mama pegi mandi laut dan kalau musim belacan mama akan tolong orang ambik udang baring(orang Sarawak panggil bubuk ok) sambil mandi bersama teman teman. Selalunya ramai orang d pantai seakan akan pesta tahunan dan mama hehehe macam kunta kante le, mata dan gigi je yang putih. Tak pernah terfikir nak bubuh losen ke nak berpayung ke. Lantak je lah asal happy. Kalau cuti tu buku pun cuti sama esok nak sekolah baru nak cari buku, dulu cikgu tak bagi kerja rumah masa cuti, gitu pun sampai juga mama ke Universiti tak gitu.?

No comments:

Post a Comment