Sunday, October 14, 2012

KEKURANGAN BUKAN HALANGAN - SINAR HARIAN

Ok nak cerita ni pasal semalam. Waktu Qai sedang sibuk sibuk bergambar dengan Prof Hashim, Datuk Raja dan En Brahim(Lecturer diaorang) tiba tiba kami d datangi oleh pihak PR Unisel, En Azman yang berharap kami mau d inteview oleh press diaorang kerana pihak atasan Unisel nak sangat menukil kisah Qai untuk majalah dia orang. So kami anak beranak naik keatas mengikut En Azman yang pegi mendapatkan wartawan dan photographernya. Semasa kami d interview oleh wartawan Unisel tiba tiba kami didatangi oleh wartawan dari Sinar, Harian Metro dan Bernama yang hendak menulis kisah Qai juga.Macam tak percaya pula. Hehehe apa lagi mula lah kami posing untuk wartawan wartawan sambil menjawab soalan soalan yg d tanya. Kelakar pula rasanya maklum lah tak biasa. Tapi betul apa yg kami cakap waktu d interview tu, itulah nasib Qai dari kecik sampai sekarang tapi mama salute dia coz sangat penyabar dan menerima keadaan dirinya. Dia seorang yg gigih dan tabah sangat. Qai, mama sarankan Qai lakukan sujud syukur ok tanda kita bersyukur atas semua kejayaan yg diberinya. Maha Agung Mu ya Allah yang maha mengetahui apa yg orang tidak ketahui. Aku bersyukur ya Allah. Dan mama juga ingin menyampaikan rasa terimakasih kami sekeluaga kepada pihak Unisel yang telah memberi Qai peluang belajar di situ dan yg selalu mengambil berat akan kebajikan Qai terutama Pn Hanan anak angkat mama, Prof Hashim yang menanggap Qai macam anaknya, Datuk Raja dan tak lupa En Ibrahim

No comments:

Post a Comment