Saturday, October 27, 2012

The Longest Journey Ever


Tak pernah lagi kita balik ke k Terengganu  dari Shah Alam selama 12 belas jam lamanya.Tak larat dah rasanya dan rasa nak balik semula membuak buak tapi bila teringatkan  mak mertua dan keluarga tersayang sabar menunggu mama buat senyap je , reda je lah. Surah al iklas d baca dah seribu kali namun kita baru sampai kat Gombak je jam d kereta dah pun menunjuk pukul 1  pagi. Kereta punyalah banyak d jalanraya pantai timur sehala dengan kita orang dan perjalanan  terasa terlalulah pelahan. Kereta yg tersadai pun banyak d tepi jalan kesian pula tengok mereka. Tapi apa nak buat terpaksa terima keadaan. Demi orang yg d sayang ku telan juga. Akhirnya selepas berehat selama 1jam kami sampai ke K Terengganu pada pukul 11 pagi. Penat penat. Tapi bila sampai je , kami d jemput ke surau sebelah rumah untuk menikmati jamuan hari raya aidil adha bersama sama orang kampung Gong Kapas. Alhamdulilah aku bersyukur ya Allah.

No comments:

Post a Comment